Sabtu, 21 Mei 2016

FOREX DALAM PANDANGAN HUKUM ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam bukunya Prof. Drs. Masjfuk Zuhdi yang berjudul MASAIL FIQHIYAH; Kapita Selecta Hukum Islam, didapati bahawa Forex (Perdagangan Forex) dibenarkan dalam undang-undang islam.
Perdagangan matawang asing timbul kerana adanya perdagangan barang-barang keperluan / komoditi antara negara yang bersifat antarabangsa. Perdagangan (Eksport-Import) ini tentu memerlukan alat bayar yaitu UANG yang masing-masing negara mempunyai ketentuan sendiri dan berbeza satu sama lainnya sesuai dengan penawaran dan permintaan di antara negara-negara tersebut sehingga timbul PERBANDINGAN NILAI MATA WANG antara negara.
Perbandingan nilai mata wang antara negara terkumpul dalam suatu BURSA atau PASAR yang bersifat internasional dan terikat dalam suatu kesepakatan bersama yang saling menguntungkan. Nilai mata wang suatu negara dengan negara lain ini berubah (berubah-ubah) setiap masa sesuai volume permintaan dan penawarannya. Adanya permintaan dan penawaran inilah yang menimbulkan transaksi mata wang. Yang secara nyata hanyalah tukar-menukar mata wang yang berbeza nilai.

HUKUM ISLAM dalam TRANSAKSI URUS NIAGA
1. Ada Ijab-Qobul: -> Ada perjanjian untuk memberi dan menerima
Penjual menyerahkan barang dan pembeli membayar tunai.
Ijab-Qobulnya dilakukan dengan lisan, tulisan dan utusan.
Pembeli dan penjual mempunyai bidang kuasa penuh melaksanakan dan melakukan tindakan-tindakan hukum (dewasa dan berfikiran sihat)
2. Memenuhi syarat menjadi objek transaksi jual-beli yaitu:
Suci barangnya (bukan najis)
dapat dimanfaatkan
dapat diserah
Jelas barang dan harganya
Dijual (dibeli) oleh pemiliknya sendiri atau kuasanya atas izin pemiliknya
Barang sudah berada ditangannya jika barangnya diperoleh dengan imbalan.

Perlu ditambahkan pendapat Muhammad Isa, bahawa jual beli saham itu diperbolehkan dalam agama.
لاتشترواالسمك فیالماءفاءنه غرد
“Jangan kamu membeli ikan dalam air, kerana sesungguhnya jual beli yang demikian itu mengandung penipuan”. 

(Hadis Ahmad bin Hambal dan Al Baihaqi dari Ibnu Mas’ud)


Jual beli barang yang tidak di tempat transaksi diperbolehkan dengan syarat harus diterangkan sifat-sifatnya atau ciri-cirinya. Kemudian jika barang sesuai dengan keterangan penjual, maka sahlah jual belinya. Tetapi jika tidak sesuai maka pembeli mempunyai hak khiyar, artinya boleh meneruskan atau membatalkan jual belinya. Hal ini sesuai dengan hadis Nabi riwayat Al Daraquthni dari Abu Hurairah:
من سترئ شيتالم يرهفله الخيارإذاراه
“Barang siapa yang membeli sesuatu yang ia tidak melihatnya, maka ia berhak khiyar jika ia telah melihatnya”.


Jual beli hasil tanam yang masih terpendam, seperti ketela, kentang, bawang dan sebagainya juga diperbolehkan, asal diberi contohnya, kerana akan mengalami kesulitan atau kerugian jika harus mengeluarkan semua hasil tanaman yang terpendam untuk dijual. Hal ini sesuai dengan kaidah hukum Islam:
المشقة تجلب التيسر
"Kesukaran itu menarik kemudahan".


Demikian juga jual beli barang-barang yang telah terbungkus / tertutup, seperti makanan dalam tin, LPG, dan sebagainya, asalkan diberi label yang menerangkan isinya. Vide Sabiq, op. cit. hal. 135. Mengenai teks kaidah hukum Islam tersebut di atas, vide Al Suyuthi, Al Ashbah wa al Nadzair, Mesir, Mustafa Muhammad, 1936 hal. 55.


JUAL BELI MATA WANG ASING DAN SAHAM
Yang dimaksud dengan mata wang asing adalah mata wang luar negeri seperi dolar Amerika, pound Inggeris, ringgit Malaysia dan sebagainya.
Apabila antara negara terjadi perdagangan antarabangsa maka tiap negara memerlukan mata wang asing untuk alat bayar luar negeri yang dalam dunia perdagangan disebut pertukaran matawang asing. Misalnya pengeksport Malaysia akan memperoleh pertukaran matawang asing dari hasil eksportnya, sebaliknya pengimport malaysia memerlukan pertukaran matawang asing untuk mengimport dari luar negeri.

_grandees4u_


Tiada ulasan:

Catat Ulasan